Nur Ilham

Sunday, March 27, 2005

*Errrmm..*

Salaam..

Waaa..windunye kat blog ni...bz kot..tak sempat nak update.

Sekarang saya di KL,esok ade interview for the post in Celcom. Doakan saye ye...
Tiada kata yang lebih tepat nak kata 2 minggu ni, selain minggu yang sungguh memenatkan!!!mane taknye...nk present project, sistem tu wat hal plak..terpakse balik pahang smula amik mende tu, pastu ke sini blk,dgn pressure nak presentnye...dengan tak readynye...aaargh macam-macam lagilah. Tapi sekarang ni Alhamdulillah..segala-galanya dah pun berlalu...bagai satu beban yabg amat berat terlepas dari kepala dan dada ni.tinggal tunggu keputusan jer...harap-harap memuaskanlaa.

Tapi dalam kesugulan tu..yang paling best dapat jumpe kekawan, No-or, Saeid, Ada, Ikma, Along,bebudak hostel, bebudak medan intan, lecturer-lecturer. Sume orang yang amat-amat dirindui.terubat segala rindu yang sarat ni. Tapi lom dapat jumpe Fida!!yelaa dia dah keje,tak sempat...hari tu memang tak de rezki nak jumpe...RINDUNYE KAT FIDA!!!!dan agak hampa sebab effa tak ada lagi disini...=(

Heheh..jumpe kekawan sume, sume mende nak citer...yelaa 4 bulan tak jumpe...mesti banyak mende berlaku kan...dan sebab 4 bulan tak jumpe, sakan bejalan ngan noor,ada and saeid...mmm best kan,dh lame tak nikmati saat ngan kekawan yang sangat bermakna dalam hidup saye ni.Dan sempatla jugak beli buku kat kinokuniya KLCC (tajuknya:Jangan Bersedih), Fida, saye beli buku baru!!+500 pages sumenye...baru khatam 60 page heheh.Kalau fida ade mesti lagi best...nak dengar citer fida...nak citer ngan fida....lom ade rezki..nak wat camne kan?Tapi fida jangan jeles ye..saye borak ngan ikma sampai 3.30 pagi..hehehe

Nanti saya postkan kat sini ape isi buku baru saye tu, leh share ngan sume orang...doakan saya tabah menempuh hari-hari mendatang...and the most important thing..tomorrow!!do the best!!...ok..sekian dulu...Wassalaam

Menulis pada 09:16 pm oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini  

Sunday, March 13, 2005

IMTIHAAN..

Salaam..

Dugaan..lumrah hidup kita sebagai hamba, sentiasa dihujani dengan dugaan. Berat atau ringan dugaan itu bergantung kepada bagaimana penerima dugaan itu melihatnya. Kalau ianya dipandang berat, maka beratlah jadinya..begitulah juga sebaliknya. Pelbagai persoalan sering timbul,antaranya kenapa aku? bukan orang lain....kenapa berat sangat ujian yang Allah beri? dan macam-macam lagi. Kadangkala tanpa disedari kita menjadi hamba yang tidak bersyukur kerana merungut dan tidak redha di atas apa yang Allah telah tetapkan untuk kita..nauzubillah..

   Allah telah menyiapkan dengan selengkap-lengkapnya panduan kita apabila dugaan itu dihadapi..Al-Quran sudah cukup lengkap untuk kita jadikan panduan...Al-Quran itu kan penawar dan penyembuh..justeru itu..itulah yang menjadi keutamaan.

Dibawah ini persoalan yang sering timbul apabila sesuatu kejadian yang kita anggap buruk itu menimpa kita, dan petikan ayat Al-Quran sebagai jawapannya. Sama-sama kita hadamkan sebagai sumber kekuatan kita apabila dugaan itu datang menerpa....

KENAPA AKU DI UJI?
"Apakah manusia itumengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;Kami telah beriman;sedangkan mereka tidak diuji? Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"(Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Surah Al-Baqarah:286)

RASA KECEWA?
"Janganlah kamu merasa lemah, dan jangan lah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"(Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripadakesabaran musuh dimedan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"(Surah Al-Imran:200)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu akan jiwa dan harta mereka dengan balasan mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah"(Surah At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah bagiku Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang mempunyai 'arasy yang besar"(Surah At-Taubah:129)


YA ALLAH, JANGAN KAU JADIKAN HAL-HAL DUNIA INI KERUNSINGAN BAGIKU, KAU JADIKANLAH AKHIRAT ITU IMPIAN YANG NYATA BAGIKU...AAMIIN YARABBAL 'ALAMIIN




Menulis pada 11:38 am oleh nur_ilham
Comment (1)  

Friday, March 11, 2005

BE PROUD OF HIJAB

You look at me and call me oppressed, 
Simply because of the way I'm dressed, 
You know me not for what's inside, 
You judge the clothing I wear with pride, 
My body's not for your eyes to hold, 
You must speak to my mind, not my feminine mold, 
I'm an individual, I'm no mans slave, 
It's Allah's pleasure that I only crave, 
I have a voice so I will be heard, 
For in my heart I carry His word,
"O ye women, wrap close your cloak, So you won't be bothered by
ignorant folk", 
Man doesn't tell me to dress this way, 
It's a Law from God that I obey, 
Oppressed is something I'm truly NOT, 
For liberation is what I've got, 
It was given to me many years ago, 
With the right to prosper, the right to grow, 
I can climb moutains or cross the seas,
Expand my mind in all degrees,
For God Himself gave us LIB-ER-TY,
When He sent Islam, 
To You and Me! 




Menulis pada 01:39 pm oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini  

ISLAM

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.

Menulis pada 01:20 pm oleh nur_ilham
Comment (1)  

Monday, March 07, 2005

SESAJE JER....

Salaam...

Minggu ni minggu terakhir saye praktikal kt sini.sekejapnye mase berlalu, dh smpi ke penghujung rupanya jalan yang dulunya saye tak rela tempuhi. Tapi bile dah nak abis ni rase sayang pulak..yelaa dah rapat dengan orang-orang opis nih ngan rase makin serasi dgn tugas-tugas harian walaupun setelah ketiadaan kak pidah kat sini...

Tadi bercakap ngan kak pidah..die ceritekan cam ne die keje kat sana...teruk...sian dier..tp kak pidah, selagi nyawa dikandung badan...hidup kita ni kan penuh dengan pelajaran yang perlu kite lalui setiap hari, untuk kita ambil iktibar dan pengajaran untuk digunakan di masa akan datang.Mungkin ni permulaan yang baik untuk hidup kak pidah dimasa depan.KAK PIDAH BOLEH!!!

Kak Pidah kate hidung baby baru kemek..kak ipah kate macam idong abg zul.(idong abg zul kemek ke?lupe aaar..)syukurlaaa die dilahirkan dengan selamat dan sempurna.Mudah-mudahan die jadi puteri yang solehah..insyaALLAH..xsabo acik ayu nak nengok muke baby baru...sabo yer baby nanti acik ayu datang...tungguuuuu....



 

Menulis pada 12:38 pm oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini  

Sunday, March 06, 2005

ANNOUNCEMENT!!!

Assalamualaikum...

Hari ni hari bersejarah..nak tau sebab ape? Hari ni saye dapat anak sedare baru,anak sedare ke 7,puteri yang kedua dikelilingi 5 putera gagah berani.hehehe.Tak sabo nak nengok anak sedare baru,mesti comel dan ayu macam makcik die nih..huahuahua...CONGRATULATION KAK IPAH & HER BELOVED HUSBAND, ABG ZUL...NAJMI DPT ADIK!!tu jer untuk ari nih, just nak share kegembiraan sy ngan sahabat sume...ok ilalliqa'..wassalaam

Menulis pada 08:45 pm oleh nur_ilham
Comments (3)  

Wednesday, March 02, 2005

Kita dan Kematian....

Asslamualaikum....

Bertemu kembali setelah 3 hari blog ni tanpa pengisian baru. Semalam seorang staff di sini menghadapi kematian ayahandanya yang tercinta. Perasaan berbaur mendengarnya...kerana sebelum ini belum pernah sahabat ni menceritakan tentang ayahnya sakit. Tetapi, semuanya tersusun dalam perancangan Allah. Wamakaruu wamakarallahu wallahukhairulmaakiriin. Dia hanya memerlukan satu sebab sahaja untuk itu,bahawa tugas hambaNya itu sebagai khalifah di dunia fana ini telah sampai ke penghujungnya...lalu dicabut nyawa hambaNya itu. Al-Faatihah...Semoga sahabat ini tabah menghadapi dugaan ini kerana kullunafsin dzaiqatulmauut...

Terasa diri ini sangat hampir dengan kematian.... giliran dia sudah sampai...mungkin esok lusa,giliran saya yang jahil ini pula.Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Apa bekal nak di bawa ke sana?lantaran amalan yang ada berapalah sangat, nak dibandingkan dengan dosa yang menimbun mengatasi amalan yang senipis kulit bawang. Sekurang- kurangnya ajal pakcik tadi tiba setelah dia merasai segala ragam dunia ini, melihat anak-anaknya membesar, dan sempat merasai usia tuanya...bagaimana nasib saya nanti?

Apa pun nasib kita nanti,tapi yang penting sekarang, kita sama-sama menyiapkan bekalan dan senjata untuk menghadapi hari itu...dunia akhirat yang kekal abadi.Disanalah kita melihat hasilnya, kerana dunia ini hanya ladang tanaman untuk dinikmati hasil tuaiannya kelak...

Yang pergi pasti takkan kembali lagi,yang hidup perlu teruskan perjuangan dengan nyawa yang masih bersisa ini. Doa sentiasa dipanjatkan agar hayat kita semua ini ditamatkanNya dengan husnulkhatimah, dijauhkanNya dari su'ulkhatimah...Semoga Allah menilai segala amalan baik ini semata-mata untuk mencari redhaNya jua...AAAMIIIN...



Menulis pada 09:02 pm oleh nur_ilham
Comment (1)  

Saturday, February 26, 2005

PESANAN UNTUK WANITA CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

*Petikan karya motivasi Dr HM Tuah Iskandar..

Menulis pada 08:46 pm oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini  

APA ADA PADA KATA-KATA?

Luqman Al- Hakim terkenal sebagai seorang yang sangat bijak dalam mengeluarkan kata-kata.Perkataan yang keluar dari mulutnya sarat dengan hikmah dan pengajaran berguna.Kata-katanya mencerminkan kebijaksanaan dan keperibadiannya yang sangat teliti dan berhati-hati dalam setiap langkah yang hendak diambil.Renungi dan hayati kata-katanya berikut:

"Dan ketahuilah, bahawa barangsiapa yang disinari dengan cahaya keimanan dalam hatinya, lidahnya akan menuturkan perkataan benar yang dapat diambil manfaat dengannya. Dan Allah akan memanfaatkan orang lain dengan kata-katanya itu."

"Sementara itu,barangsiapa yang telah dituturkan oleh ALLAH dengan perkataan benar dengan lidahnya,sedangkan tidak dapat diambil manfaat daripadanya,ia menandakan keruntuhan imannya melalui lidahnya"

Kata Luqman lagi,"Seorang lelaki itu akan binasa dengan sebab satu perkataan saja,seperti kejahatan yang kecil itu membentuk api yang sangat besar."

"Hai anakku!Sesungguhnya orang yang keji lagi kotor dan celaka ialah sekiranya dia berbicara,maka bicaranya itu membongkarkan kebodohannya.
Sekiranya dia beramal,dia melakukan yang buruk.
Sekiranya dia duduk,dia membuang masa.
Sekiranya dia dikayakan,dia tidak berpuas hati.
Sekiranya dia fakir,dia berputus asa.
Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan.
Sekiranya dia bersedih dia berputus asa.
Sekiranya dia kuat,dia berbuat keji.
Sekiranya dia lemah,dia menghina.
Sekiranya dia bertanya,dia menyindir-nyindir.
Sekiranya dia ditanya,dia tidak menjawab.
Sekiranya dia ketawa,maka berdekah-dekah.
Sekiranya dia menangis maka terhenjut-henjut.
Sekiranya dia melarang maka dia berlaku ganas.
Sekiranya diingatkan maka dia marah.
Sekiranya dia memberi maka dia akan menyebut(pemberiannya itu).
Sekiranya dia diberikan dia tidak bersyukur.
Sekiranya engkau menyampaikan rahsiamu kepadanya,dia mengkhianatimu.
Sekiranya dia berbicara rahsianya denganmu dia menuduhmu.
Sekiranya dia di bawahmu dia menolakmu.
Sekiranya dia diatasmu dia menindasmu.
Sekiranya engkau bersahabat dengannya,maka dia menyusahkanmu dan sekiranya dia berpisah denganmu,dia tidak akn mengucapkan selamat jalan kepadamu."

Berkata Luqman lagi" Hai anakku! Bagi setiap amal itu ada keburukannya.Keburukan bagi amalan itu adalah sifat ujub(kamu).Janganlah engkau menunjuk-nunjukkan kepada manusia amalanmu yang hanya diketahui ALLAH daripada orang lain.Hai anakku!Janganlah enkau melebih-lebihkan ke atas manusia serta janganlah engkau mengurangkan hak mereka.Janganlah engkau menjadi orang yang zalim serta jauhilah daripada doa orang yang dizalimi..."

*semoga jadi panduan bersama..insyaALLAH

Menulis pada 01:18 pm oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini  

Friday, February 25, 2005

MUNAJAT....


Ya Allah...
Malam ini adalah malam kesekian kali
dalam untaian hari-hari meranjut usia
Ku hadapkan wajah penuh debu dalam hadratMu
Ku cuba menggapai nostalgia manis yang pernah teruntai bersama

Ya Rabbi...
Telah sedemikian tebalkah sekat antara kita
Telah begitu kukuhkah dinding pemisah antara kita 
Hingga tidak dapat lagi kurasakan hangatnya nurMu
Hingga tak kutahu lagi sejuknya siraman kasihMu

 Rabbi...
Tak tahu apa yang harus kusampaikan padaMu
Ketika kusedari masih ada bilik kecil di hati ini
Kau buatkan khusus untukku
Merenung..Menatap jalan panjang ke depan..

 Rabbi...
Bantu aku menghiasi bilik itu
Agar dapat menerangi pori-pori kehidupan
Izinkan aku bernafas dalam buaianMu
Hingga ringan langkahku dalam ketaatan padaMu
Tidak ada yang terindah selain ENGKAU dalam jiwaku

Rabbi...
Izinkan darahku mengalir dalam zikirMu...
Sungguh Rabbi...
Aku rindu...


Menulis pada 09:51 am oleh nur_ilham
Ada Penambahan klik di sini